mcmc
Maklumat Komuniti

Rayuan Sumbangan Pembinaan Masjid Baru Kg Pulai Sebatang

*Rayuan Sumbangan Untuk Menyiapkan Pembinaan Masjid Baru Kg Pulai Sebatang Johor. Keperluan Tambahan RM 1 juta*

Jawatankuasa Pembinaan Masjid baru Kampung Pulai Sebatang merayu memohon bantuan sumbangan daripada Masyarakat setempat dan umumnya untuk menyiapkan pembinaan masjid baru kampung Pulai Sebatang. Masjid sekarang ini sedang rancak disiapkan pembinaan nya. Bagi menyiapkan bangunan masjid Jawatankuasa Pembinaan Masjid menghadapi kekurangan kewangan bagi menyempurnakannya. Masjid yang dibina beralamat batu 44, Kg Pulai Sebatang 82100 Pontian Johor.


Masjid baru telah dirancang bermula tahun 2015 dan keseluruhan kos pembinaan untuk menyiapkan masjid adalah RM 2.6 juta (anggaran). Dalam proses pembinaan kami telah membelanjakan RM 1.6 juta. Pihak Jawatankuasa memerlukan RM 1 juta lagi bagi menyiap masjid sepenuhnya. Dalam perancangan sekiranya kutipan dapat keseluruhnya kami dapat mengunakan masjid ini pada akhir tahun 2019.


Untuk itu, kami dengan rendah hati memerlukan sumbangan tuan dan orang ramai bagi membolehkan kerja terakhir dibuat.
Dari Jabir bin Abdullah
Bahawa Rasullah shallahu’alaihi wasallam bersabda: 
*barang siapa menbangunkan masjid kerana Allah walau sebesar sankar burung, atau bahkan kecil dari itu,maka Allah akan membangunkan baginya*
*SATU ISTANA DI DALAM SYURGA*
[Buhari:hadis sohih riwayat Ibnu Majah Hadis yang ke 730]


Sehubungan dengan itu dijemput semua dermawan untuk menambah saham akhirat sebagai satu cara membina istana di dalam Syurga. Insya Allah sumbangan tuan akan diberi pahala yang berpanjangan.
Kami menerima segala bentuk sumbangan termasuk wakaf, zakat,sedekah atau infaq dan sebagainya.


Sumbangan boleh disalurkan melalui Bank Islam atas nama:
*TETUAN JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID BARU MASJID JAMEK PULAI SEBATANG*
NO AKAUN : 01108010020413
BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BHD (BIMB)

*Tuan /puan boleh menghubungi Hj Buhari di nombor telefon 010 5269001 untuk SMS / Whatsapp bergambar slip bank atau bank transfer*


Segala pertanyaan boleh menghubungi:
• Haji Jumaat bin Samad – 013 6188085 (Pengerusi Masjid)
• En. Arifin bin Omar – 019 5750448 (Ketua kampong Kawasan(6) Dun Pulai Sebatang.
• Haji Zainuddin bin Hj Talib – 012 7941466 (Imam 1, Masjid Jamek Pulai Sebatang.)

Terima kasih di atas segala sumbangan dan semoga amal jariah tuan diberkati dan diberi ganjaran oleh Allah jua.