Aplikasi ‘Dashboard’ Pusat Internet 1Malaysia(PI1M)
Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
Faedah Dashboard?
1) Menyediakan pengisian kandungan maklumat kepada komuniti tempatan.
2) Menjadi tempat mendapatkan maklumat komuniti terkini.
3) Menjadi tempat proses jual beli barangan secara atas talian.
4) Membantu proses pembelajaran pelajar.
5) Menyediakan saluran komunikasi antara komuniti dan penguatkuasa tempatan.
6) Menyediakan satu saluran pihak sekolah untuk mendekati komuniti.
7) Menyediakan tempat pemeriksaan tahap kesihatan komuniti setempat.
Aplikasi ‘Dashboard’ Pusat Internet 1Malaysia boleh diakses melalui website http://dashboard.pi1m.my atau juga boleh dimuat turun di applikasi PlayStore pada telefon pintar masing-masing.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/aplikasi-8216-dashboard-8217-salur-maklumat-dengan-satu-8216-klik-8217-1.273829#sthash.xO9Lva9G.dpuf